Sunday 4 November 2012

Cinta Itu Fitrah


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah thummalhamdulillah. Masih diberi nafas untuk menghirup udaraNya.  :)
Untuk post kali ni, izinkan aku bercakap tentang CINTA.



"Jika dia bukan milikmu, maka Allah akan menghapus cinta diammu itu dengan memberi rasa yang lebih indah dengan orang yang lebih tepat."


Pernah aku terfikir, kenapa perlu ada cinta dalam hati ini? Ia terlalu susah untuk dikawal. Terlalu susah untuk menjadikan ia benar-benar berada di jalan yang sepatutnya ia berada. Terlalu susah untuk meletakkan ia di bawah redha Allah. Bukankah mudah kalau ianya tiada? Tak perlu aku bersusah-susah untuk insan lain, tak perlu selalu memikirkan mereka yang tidak selayaknya aku fikirkan dan tak perlu men'dosa'kan diri mengikut hawa nafsu.

Tapi bagaimana pula perjalanan hidup ini jika cinta tidak pernah wujud dalam diri? Bukankah cinta itu kasih sayang yang secara fitrahnya ada dalam hidup manusia,mana mungkin aku mampu nafikan kehadiran cinta itu. Akhirnya,aku terima, cinta itu sememangnya perlu ada dan akan selamanya ada. Cuma,perlu peka dengan cara untuk aku mengawal cinta itu. :)


Cinta itu sebenarnya indah. Dan akan selalu indah jika sentiasa berada dalam landasan redha Allah. Bak kata akh Hilal Asyraf, "Tidak dinamakan cinta jika ianya membawa kita ke neraka." Bukankah neraka itu tidak indah? Bukankah orang-orang yang dicampakkan ke neraka tidak diredhai Allah? (Takutnya ya Allah. T_T ) Maka,aku perlu lebih berhati-hati dalam membawa cinta. Perlu pastikan cinta aku kepada manusia tak membawa aku jauh dari Allah Azza Wa Jalla. Ye, perlu begitu.

Ya Allah,aku terlalu lemah dalam segalanya, aku memohon kekuatan untuk aku terus teguh berdiri memegang kalamMu.

Terkadang, terasa ingin mengabaikan segala perjuangan dan kepahitan, supaya aku dapat melayan segala keinginan cinta sampai aku rasa puas. Tapi iman cepat cepat menyedarkan aku, hidup didunia cuma sementara. Bekalan apakah yang aku ada untuk tunjuk dihadapan Allah kelak? Jika dengan bekalan cinta yang sia-sia ini, sememangnya tidak akan dilayan. Maka, aku bertekad, dengan rasa cinta yang Allah cipta dalam diri ini, aku perlu bangkit dan gunakan ia dalam perjuanganku sebagai khalifah untuk mencapai redha Allah supaya cinta yang Dia hadirkan ini benar-benar bermakna. InsyaAllah. Ilyas Dan Aisyah BOLEH! :-D



Ya Allah, andai hari ini Kau telah mengizinkan aku mencintai seseorang, benarkan dia terus kekal dalam hati ini selagimana Kau redha dengan cinta ini. Andainya cinta ini membawa aku jauh daripadaMu, maka Kau peganglah aku kembali agar aku tidak terus menerus terpesong dari jalanMu. Allahumma ameen.

Friday 19 October 2012

~I am trembling~

Badar: Yah,mu nok ikot dop aku petang ni?
Aku: Bereh je Dar,.
So,pergilah aku dan Badar ke Metro Kajang,bila jalan2..Badar pun carilah hadiah untuk rehlah nanti kan. Aku plak?Hik3..Nak gi laa cari baju hijau muda.Cari dan cari, tak jumpa. Pastu bila Badar dah siap beli hadiah, dia pun ikot laa aku cari baju. Pastu bila pukul 7, aku masih lagi sibuk mencari, tapi Badar dah nak balik.Tapi aku buat dek je, aku belek baju ni, baju tu..Last2, Badar mesej laa,"mari laaa".."Ai,macam marah je" gumam ku dalam hati. Pastu aku pun pegi laa balik, nak gi jamuan laa ni,tiba- tiba.baru je start motor, dah hujan. Maka aku tanya laa Badar." Dar, cane ni?Nak terus jgak ke?" Badar hanya mengangguk. Maka aku pun faham lah,yang Badar marah aku laa tu. Aku pun apa lagi memecut laa motor tu, sambil tanya- tanya.
Aku: Dar, bila nak gi KTM?cakap nak jumpa Mirah?
Badar: umm.
Aku pun...Haihhh.tak kan laa marah aku kot. Hujan  plak lebat gila.aku dah menggigil.Gegege~
Pastu sampai kat traffic light, aku tanya: " Dar, stesen kat depan kan?"
Badar: " Tak lah, dah lepas tadi.."
Aku:' Laaa...dah dah,kita gi stesen je terus,"
Tak sempat Badar menjawab, aku pantas membuat U turn walaupun lampu masih merah.
Bagi aku, aku akan buat apa saja supaya kawan aku gembira dan tersenyum. :)
Aku tahu, Badar marah aku lambat tadi, sebab dia takut tak sempat nak jumpa Mirah tersayang, Mirah nak balik Kelantan dah.
Maka, hujan lebat ku redah, nyaris- nyaris nak langgar kereta. Tapi, alhamdulillah tak.
" Tenang Badar, aku janji,kau pasti sempat jumpa Mirah"
Masa tu, sejuk tak yah cakap laa.Baju basah habis. Akhirnya, sampai laa kat stesen Kajang tu. Badar pun cepat- cepat jalan menuju ke ruang menunggu tren.
Aku ikut laa dari belakang.
Aku: Dar, Mirah dah pegi ke?
Badar: Belum, kul 9 nanti kot.
"9?Laaa.." getusku dalam hati. Tak pelah Badar, asalkan kau bahagia,aku dah gembira.
Maka, kitorang pun solat Maghrib,lepas Solat, aku cepat- cepat keluar surau, nak pegi beli tiket KTM ke KL sentral, sebab hatiku hancur luluh. Aku rasa macam, Come on laa Badar,sayang- sayang jgak kat Mirah, tapi kau tak patut layan aku macam tu, aku tanya tak jawab, Apa- apa pun kita boleh bincang Dar, tak pe lah, kau tak kan faham Dar, sejauh mana aku sanggup berkorban untuk kamu,kenapa Badar? Entah. Hatiku menganggapnya sebagai orang yang penting. Baru nak beli, tiba- tiba Badar mesej," Yah,mana mu?"
"ohh,risau jgak kat aku ea?"..aku termenung memikirkan jawapan yang sesuai. Aku pun cuba berfikiran positif. Aku pun membatalkan hasrat nak pegi KL, aku jawab laa,aku kat tempat menunggu tu laa...
Pastu, Badar pun sampai,dia kembali senyum. Aku lega.
Badar: kenapa tunggu kat sini?
Aku: saja je,amek angin.
Pastu kitorang borak- borak laaa.
Pastu Isya, lepas Solat tu, Mirah pun sampai. Badar pun pegilaa kat Mirah, sembang- sembang.
Tinggal laa aku sendirian, aku berfikir- fikir.
Syaroo plak mesej aku, dia cakap Siddiqah lawa gila, aku hanya tersenyum sendirian.
Pastu tunggu punya tunggu. Akhirnya, tren ke Kelantan pun sampai, maka pergilah Mirah.
Badar pun gembira laa sebab dapat laa temankan Mirah sebelum dia pulang ke kampung.
Badar pun ajak aku pegi jamuan, aku ikut je laa.
Kitorang pun meredah hujan sekali lagi. Tapi di pertengahan jalan, aku suruh Badar hantar aku ke Warta.
Dia terkejut dan bertanya kenapa?
Aku pun cakap : " malas laa pegi, aku basah kuyup ni, malu laa nak pegi.
Badar berkeras ajak aku pegi jgak, tapi aku tetap menolak.
Akhirnya Badar hantar aku ke Warta, aku pun pegi laa KFC, makan sensorang, pastu duduk kat tangga termenung sensorang. Tak tau nak buat apa. Aku teringin nak tengok si Siddiqah ni,tapi.Heh.
Entahlaa,selepas apa yang baru terjadi, my heart needs mending. Aku kena bersendirian. Maka termenunglah aku. Pastu aku pun mesej laa Siddiqah, saje je nak tengok dia reply apa kan.
Aku: wei, kau nak bergambar berdua dengan aku tak malam ni?
Siddiqah: buat apa?
Aku: kalau kau nak, aku pegi laa. kalau kau tak nak aku tak pegi,tapi kau tak nak,so.tawaran sampai sini je laa.
Siddiqah: tak pegi tak pe lah. Bye.
Seperti terkena panahan petir. Hatiku dihiris- hiris.Fuuuu~ Senangnyaaaa jawapan dia. Aku sedih tapi aku faham dia tak tau apa yang terjadi, tu sebab dia jawab macam tu. Aku hanya tersenyum.
Pastu, aku dah mula risau, aku nak tidur kat mana laa malam ni. Tu laa kau Ilyas, buat keputusan melulu.
Last- last, aku pun mesej Badar, aku minta dia tolong amek aku masa nak balik maktab nanti.
Pastu, aku mesej sepupu aku.Aku tanya dia kat mana, dia cakap dia nak gi main futsal, dia ajak aku main sekali, maka aku pun setuju je laa. Lepas tu, Badar pun sampai, tapi dia diam je. Aku pun pelik laa, aik? Marah lagi ke?Kenapa?Sebab aku menyusahkan dia ke?Sebab aku suruh dia amek aku ke?Heh.Tak pe lah.
Sampai kat maktab, aku bagitau Badar, aku nak gi rumah sepupu aku, nak tido kat sana.
Dia terkejut."Ha?pastu rehlah?
Aku:' tengok laa,kalau aku sempat balik, aku pegilaa"
Pastu, aku berjalan meninggalkan dia, menuju ke bilik. Sampai kat bilik, aku pun kemas- kemas laa, nak balik rumah sepupu aku.
Pastu, sepupu aku pun datang, pastu kitorang gi laa men futsal, pukul 2 baru habis main.Fuuu~Seronok.
Aku kembali ceria. :D
Tapi, aku masih merajuk dan ingin merajuk.Dengan siapa?Dengan Siddiqah laa.
Sebab?sebab dia bukannya nak tanya aku kenapa tak datang, dia jawab macam tu je.
Tapi tak pe, kalau dia tahu cerita sebenar mesti dia faham. Tapi aku tetap nak merajuk.
Maksudnya, esok. rehlah, aku tak nak pegi!Yeay! :D
Kamu semua pegilaa seronok- seronok ya. Kalau budak laki marah cane?
Alaar~ rilek laa.aku cakap laa, aku demam sebab kena hujan, tak larat nak pegi,setel masalah.
Saya nak salahkan Siddiqah, kerana dia saya tak pegi rehlah.
Kenapa nak salahkan dia?
Sebab dia memang salah.Huh.
Habis aku je betul??
Aah.Memang aku je betul.
Hatiku terlukaa, jadi aku tak nak jumpa dia.
Macam budak- budak plak aku kan?
Aaaah~biarlah!Ini adalah pengajaran.
Tapi, kalau esok dia mesej aku ajak pegi rehlah.
Hik3. :3 Aku pegilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... :D
Tapi bukan sebab dia, sebab aku kesian kan budak laki je, yelah.aku ni kan orang penting.Hik3...
So,sekarang? uhuk3. saya demam, tak boleh pegi rehlah, sori ye kawan- kawan. :')
Lagi satu, menangis bersama, ketawa bersama.heh.renung- renungkan lah.puiiihh~
Untuk Siddiqah, saya geram dengan kamu.grrr~
Sekian cerita saya.
P/s: tadi kan, masa main futsal, ada sorang aawek tu, dia duduk kat bangku, tunggu pakwe dia main futsal. Aku bila tengooook.waaaaaaah~so sweeetttttt. :') saya nak macam tu jgak.hik3.
Jangan haraplah.Tak pe, saje je berangan lah. grrr.
Okay laa.masa untuk pura- pura demam.
Bye.

Wednesday 17 October 2012

Haha.Saya bosan,nak tengok?






Tuesday 16 October 2012

Hebat tak aku?


Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda